lambang politeknik

lambang politeknik

Wednesday, 28 January 2015

PERANAN DAN FUNGSI INSTITUSI-INSTITUSI BERIKUT

PENGENALAN



Baitul Mal
  • Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak dan batu permata
  • Secara tidak rasmi, baitulmal bermula zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi dan berterusan ke zaman Khulafa al Rasyidin dan selepasnya
  • Dana Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber: harta masyarakat, harta Negara dan harta umum
  • Harta masyarakat: sumber daripada golongan kaya dan diagih kepada golongan yang layak menerimanya
  • Harta Negara: harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah, usyur, harta tanpa waris
  • Harta umum: hasil perniagaan, pertanian


Tabung Haji
  • Kewajipan mengerjakan haji menyebabkan umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi memenuhi perbelanjaan ke tanah suci.


Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
  • Harta yang wajib dikeluarkan apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh agama.
  • Merupakan sebuah organisasi yang telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
  • Ianya mengutip semua jenis zakat terutama zakat harta, zakat pendapatan, zakat perniagaan, dan zakat saham.
  • PPZ telah menjadi satu contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana kecekapan dan keberkesanannya dalam meningkatkan kutipan zakat serta banyak menolong dalam meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk berzakat.


FUNGSI


Baitul Mal

1.  Menyelaraskan kutipan dan mengagihkan harta berasaskan syariat Islam
  • Harta Baitul Mal tidak boleh digunakan sesuka hati.
  • Pengagihan harta mestilah adil dan saksama.
2.  Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.

  • Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. 
  • Menyediakan tempat untuk mengerjakan solat dan kebajikan untuk orang yang memerlukan.
3.  Memperkukuhkan angkatan tentera.

  • Menjamin negara Islam daripada ancaman musuh.
  • Mempunyai angkatan tentera yang kuat.
4.  Membantu perkembangan ekonomi Islam.

  • Membantu golongan miskin dan orang kurang bernasib baik.
  • Mengurangkan jurang perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin.
  • Memberi bantuan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.


Sumber-sumber Baitul Mal

1.  Kharaj
  • Kadar bayaran tertentu yang dipunggut daripada pendapatan keluaran bumi.
2.  Jizyah  

  • Cukai diri yang dikenakan kepada orang kafir.
3.  Zakat
  • Bentuk bayaran yang dikenakan terhadap harta orang Islam apabila sampai nisab dan cukup syarat.
4.  Fa'i dan Ghanimah
  •  Fa'i ialah harta yang didapati oleh kaum muslimin daripada orang musyrikin secara percuma tanpa hadapi peperangan.
  •  Ghanimah ialah harta yang didapati melalui peperangan dengan tentera kafir.
5.  Usyur
  •  Merupakan 10% yang dikenakan kepada barang-barang yang dibawa oleh peniaga untuk berniaga di negara Islam.
  • Tidak dikenakan terhadap orang miskin dan kurang upaya.
Tabung Haji


1.  Tabungan
  • Menyediakan perkhidmatan tabungan untuk umat Islam.

     Kelebihan menabung di Tabung Haji.

     * Syiar Islam : Terlaksananya sistem kewangan Islam.
     * Zakat : Zakat perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit.
     * Halal : Simpanan dilabur menepati tuntutan syariah.
     * Bonus : Bonus yang kompetitif.
     * Dijamin : Simpanan dijamin oleh kerajaan.
     * Pengecualian Cukai : Bonus dikecualikan cukai.
     * Kekerapan Pengeluaran : Pengeluran wang tanpa had kekerapan.

2.  Pelaburan

  • Pelaburan dana yang terkumpul dan pengawasan fungsi pelaburan.
  • Pelaburan yang berpotensi dan menyakinkan yang merangkumi pelaburan saham pelaburan kewangan dan pelaburan dalam sektor peladangan, hartanah dan perkhidmatan.
3.  Urusan Haji

  • Perkhidmatan haji di tanah air dan di tanah suci.
  • Menguruskan haji.
     Kemudahan dan Perkhidmatan Urusan Haji.

     * Penyediaan passport haji
     * Urusan haji
     * Kursus haji
     * Perkhidmatan kesihatan
     * Pengangkutan pergi balik
     * Perlindungan, pengawasan, kebajikan dan keselamatan kepada jemaah haji di tanah suci


Pusat Pungutan Zakat(PPZ)


1.  Menguji tahap keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah s.w.t.
  • Sebagai pembersihan rohani dan jasmani.
2.  Menjadikan Negara dan umat Islam muncul sebagai golongan kaya dan makmur.
  • Setiap zakat yang dikeluarkan akan dibayar dengan ganjaran pahala yang besar.
3.  Merapatkan jurang di antara golongan yang kaya dengan golongan yang tidak bernasib baik.
  • Dapat melahirkan rasa kasih sayang kepada golongan miskin.
4.  Mengutip semua jenis zakat.
  • Pengagihan zakat akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Golongan yang berhak mendapat zakat

a)  Fakir dan Miskin( Fuqara' wa Masakin)

     ~ Makanan, kewangan, perubatan, bantuan ramadhan, sewa, dan perkahwinan.
     ~ Kecemasan atau bencana
     ~ Latihan kemahiran

b)  Mualaf

      ~ Pelajaran
      ~ Bantuan perkahwinan
      ~ Perlindungan sementara

c)  Hamba

     ~ Membebaskan umat Islam dari kejahilan
     ~ Melepaskan wanita dari kancah pelacuran

d)  Berjuang ke jalan Allah

      ~ Aktiviti dakwah 
      ~ Penerbitan buku
      ~ Bantuan kepada mereka yang terkandas dalam perjalanan yang dibenarkan oleh syarak


PERANAN

Baitul Mal

1)  Membasmi kemiskinan
  • Pengagihan zakat kepada golongan yang berhak
  • Masalah golongan kurang berkemampuan dapat diselesaikan
  • Mengurangkan jurang sosial
  • Menyediakan keperluan asas seperti jalan raya, pelaburan dan aktiviti sosial
  • Menjaga kebaikan masyarakat Islam
  • Meningkatkan taraf pendidikan
  • Mengeluarkan biasiswa/bantuan kewangan untuk golongan yang memerlukannya
  • Peranan menjaga segala harta negara
  • Menjadi pemegang amanah jika tiada waris
  • Untuk memudahkan perbelanjaan menunaikan ibadah haji.
  • Untuk memberi peluang kepada umat Islam menceburi bidang pelaburan dan perniagaan negara.
  • Pengendalian jemaah haji merupakan aktiviti yang sinonim dengan tabung haji.
  • Ianya dirancang dengan penuh teliti dan cukup berkesan
  • Melatih seseorang berbelanja dengan betul
  • Dapat merasai kemanisan apabila berbelanja kejalan Allah
  • Melepaskan diri daripada cengkaman perhambaan diri terhadap harta benda
  • Mengubah rasa kasih sayang terhadap pemberi dan penerima zakat
  • Kadang-kadang secara tidak sedar telah berlaku pencorobohan terhadap hak orang lain. Maka, bagi menyucikan kecemaran tersebut zakat perlulah dikeluarkan.
  • Dapat menampung keperluan hidup mereka yang memerlukan.
  • Boleh melegakan seseorang itu secara peribadi tetapi boleh menjadikannya lebih aktif dan masyarakat mendapat faedah daripada aktivitinya. 
2)  Menyediakan keperluan-keperluan asas

3)  Meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam

4)  Menjaga harta yang diwakafkan


Tabung Haji

1)  Menyimpan wang secara beransur-ansur.

2)  Mengambil bahagian dalam bidang penanaman modal dan pelaburan.

3)  Memberi perlindungan dan kebajikan kepada bakal-bakal haji.


Pusat Pungutan Zakat(PPZ)

1)  Mempertingkatkan nilai hidup pemberi

2)  Membersihkan dan menyuburkan harta

3)  Membantu pihak yang memerlukan

4)  Memperkukuhkan jaminan sosial


KESIMPULAN

     Masih terdapat umat Islam pada masa kini yang tidak mengambil berat dan tidak tahu mengenai kepentingan ibadah. Sesetengah umat Islam hanya tahu mengenai zakat fitrah yang wajib dibayar ketika bulan Ramadhan sahaja. Malahan ada juga yang mengambil berat mengenai sembahyang, puasa dan menunaikan ibadah haji. Namun penghayatannya tidak sama terhadap ibadat zakat. Justeru, ini memerlukan sesuatu institusi yang kemas dan teratur dalam usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai zakat, ibadah tabung haji dan juga baitul mal. Disamping itu, mengutip dan mengagihkan wang zakat berkenaan, apa yang penting ialah semua pihak mestilah mengerakkan usaha bersepadu dalam memberikan sumbangan positif kearah pemantapan sistem ekonomi Islam ini khususnya di seluruh negara Islam. Segala cadangan yang baik dan bernas sewajarnya dikaji dan dipertimbangkan agar dapat memperkasakan peranannya dalam menghadapi cabaran yang akan datang.